Saturday, March 12, 2011

KESAL

Pernah anda gagal menerangkan sesuatu pada seseorang dan memang dah tiada lagi peluang untuk menjelaskan?

Saya pernah dan masih ada. Terperangkap dalam masa. Begini-

Waktu itu tahun 2006, semester pertama di USM. Kumpulan aku 4 orang. 2 lelaki 2 perempuan. Kawan lelaki aku waktu itu sedang bermain cinta dengan seorang lagi ahli kumpulan aku.

Tugasan kami waktu itu adalah menyiapkan model menara khas untuk projek kami. Kerja pun dibahagi-bahagikan. Aku lupa spesifik tugasan aku dan seorang lagi kawan perempuan tadi. Yang jelas diingat ialah kami berdua membuat kerja pemasangan model itu dikawasan yang agak gelap.

Jangan salah faham. Kawasannya ialah di kafe Desa Bakti. Dikawasan meja. Lampu kalimantang tidak menyala diatas meja yang kami berdua pilih. Maka disitu saja yang gelap. Lagi 2 orang kawan duduk dikawasan lain.Orang bercinta. Kita pun faham.

Kami duduk berhadapan. Aku dan kawan perempuan tadi. Sambil berbual.

Aku lihat dia, dan dia tersenyum. Aku tersenyum. Kawan-kawan sekumpulan saja. Sebenarnya aku tahu kawan perempuan ini pun sama meminati kawan lelaki aku tadi. Hahahaha. Jadi aku memang tak rasa apa-apa pun pada perempuan ini. Kawan tak makan kawan kan?

Tiba-tiba aku dengar seseorang mendengus dengan kuat dibelakang. Aku menoleh dan kulihat, Zan?! Ya. Itu nama seorang perempuan Cina yang aku minati dulu. Kami pernah berkawan sangat rapat.

Pernah keluar bersama di Sungai Dua. 3 kali tak silap. Sekali menghantar dia pulang di Terminal Sungai Nibong. Ada la beberapa moment romantis.

Zan mendengus marah. Cemburu? Ya. Apa kalau tidak ada perasaan sayang pada seseorang itu bolehkah kau jadi marah dan cemburu bila lihat orang yang kau sayang;

1-duduk dalam gelap bersama perempuan(bukan khalwat ye?)
2-berdua-duaan(aku tak buat maksiat,cuma buat tugasan projek studio saja)
3-berbual-bual dan bergelak ketawa(hal-hal studio,projek studio)

Zan berjalan keluar membelakangi aku. Dan itulah penamat semuanya. 4 tahun berlalu. Daripada degree hingga master aku dan Zan sekelas tapi aku langsung tiada peluang menjelaskan. Bercakap cuma hal-hal kerja saja. Mungkin dia merasakan aku curang. Tidak. Itu cuma salah faham.

Kesal? Ya. Tapi disini bukanlah aku katakan kesal pada sesuatu yang negatif. Ini sudah takdir.

Takdir tak dapat tertolak. Kalau-kalau diberi peluang membaiki keadaan, apakah aku ambil?

Iya dan tidak.

Sayang pada anak orang memang rasanya luar biasa lainnya. Kan?

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA