Wednesday, April 27, 2011

Nasi goreng ayam nasi lebih

'We, biasa!' laung ku pada Awe didalam kedai. Aku duduk diluar kedai dimeja yang setentang jalan raya, apakala kalau ada kereta lori terbabas ke tepi, aku mati dulu. Begitulah gambarannya.

'Bereh!!' laung semula Awe sebagai jawapan. 'Boh(bos) minum apa?' laung semula Awe. 'Teh ais' balasku sambil menafikan hakikat aku perlu kurangkan susu pekat manis. Dr Health 9000 ada dirumah.

Pommmm. Sebiji Honda Wave modified meluncur laju, hah kalau ini yang terbabas;- penunggang tu yang mati dulu- kena pukul.

'Sorang jo ko?' tanya seorang pekerja Awe. Aku tersenyum saja. Malu.

Astro menayangkan cerita filem Hong Kong. Pelakonnya ku kenal rupa tapi nama tidak. Biasa menghiburkan aku waktu kanak-kanak dulu. Nak guna Google cari nama pun pelakon itu pun, tajuk filem pun kadang-kadang tak berapa tepat. Memang penting kuasai bahasa lain selain BM dan BI.

Tapi dalam kubur nanti guna BA. Heh.

5 minit, 6 minit, 7 minit.

'Nah Boh, sorang jo ko?' tanya Awe menghantar order biasa aku. Aku tersenyum saja. Malu.

Nak makan order aku ni, biasanya aku kunyah daging ayam dulu. Kalau ada cili kan aku gaulkan dengan nasi, kalau ad biji cili aku asingkan pasal waktu PLKN dulu ada kawan kata biji cili boleh rosakkan buah pinggang. Lama dulu, tahun 2003 dulu. Ingat lagi kenangan makan ikan jaket dengan kawan-kawan yang cuma 2 orang saja aku pernah jumpa kini, pekerja kafe UIAM belakang Mahallah Usman yang agak kedekut nasi, performance depan Fasi, dihambat komando, burger mahal, UIAM yang lebih luas dari Bandar Pontian, sungai UIAM yang keruh,dewan utama UIAM yang seluas taman perumahan aku, berjalan kaki ke mana-mana saja,komando yang masuk air,berendam dalam kolam mandi tiap-tiap minggu, keluarga angkat di Felda Mempaga II Bentong Pahang, awek tak jadi-Chot, 3 amoi yang baik hati, kawan-kawan Cina, kamera hilang,jumpa dompet kosong,jumpa pengacara apa nama tu Wan apa ntah yang terkenal dengan 'apa kejadahnya' dan banyak lagi lah.

Itu belum cerita hal dalam Kem Legenda Gunung Ledang, tiap-tiap malam berdepan Malaikat Maut- tidur dalam khemah bawah pokok besar.

Alhamdulillah, kenyang.

p/s-aku bangga dengan apa yang aku lalui, siapa yang aku kenal dan apa yang aku belajar. Terima kasih untuk semua Ya Allah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA