Thursday, May 5, 2011

Harga minyak naik- Terasa mahu jadi Pembangkang

1-Saya menunggang motor yang dikira berkapasiti sederhana besar- 150 cc dan 2 lejang yang memerlukan 2t. Bererti kuasa pecutan yang tinggi berbanding motor-motor skuter 4 lejang.

2-Kenaikkan 20 sen harga minyak RON 97 membuatkan saya terfikir kenangan lalu, motor 150cc saya itu dibeli pada tahun 2004/2005, cukup RM10 untuk satu tangki penuh minyak diisi.

3-Pada waktu kegemilangan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi(KJ sebagai otak), untuk 1 tangki penuh memerlukan lebih RM20. Kemudian harga minyak diturunkan sedikit. Tetap perlukan lebih RM10 kalau mahu penuh satu tangki untuk sekarang.

4-Kita tahu formula- harga minyak naik> harga barang naik> gaji tak naik>masalah kewangan>kes jenayah>statistik pembunuhan>impak negatif. Kalau bukan kena pada kita, mungkin kena pada saudara kita, kawan kita, jiran kita, atau sesiapa saja. Mungkin kena, say tak doakan terkena.

5-Cukuplah alasan popular Kerajaan perlu menaikkan harga minyak kerana harga minyak antarabangsa naik mendadak, namun harga minyak di Malaysia masih terendah. Ini alasan tahun 90 an dulu.

6-Saya adalah penyokong yang lebih berat pada sisi Kerajaan, tapi saya terfikir Kerajaan perlukan sesuatu yang segar, kreatif, dan berjiwa rakyat. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan kan?

7-Boleh jadi ini strategi parti pemerintah, menjelang pilihanraya kan diturunkan harga minyak, sementelahan sekarang belum pilihanraya jadi naikkan harga minyak, dapat juga duit untuk...........Hmmmm. Rakyat tak buta. Atau rakyat prasangka? Atau ada pemimpin yang masih hidup dalam pengaruh mimpi-mimpi indah?

8-Pada saya Kerajaan itu adalah gabungan Parti 2 per tiga majoriti dan diimbangkan Pembangkang. Bila rasa terlalu selesa memerintah kerana politik kuasa lebih diutamakan, Insya Allah harga minyak kan selalu naik> harga barang naik> gaji tak naik>masalah kewangan>kes jenayah>statistik pembunuhan>impak negatif pada rakyat Malaysia.

9-Rakyat cuma dicari waktu pilihanraya saja. Memang waktu pilihanraya adalah Hari Raya. Rakyat rasa mewah sedikit diraikan dengan berbagai projek. Mana datang peruntukan?

10-Terasa nak jadi pembangkang saja selepas ini, tengoklah kalau-kalau ada platform yang sesuai. Ini bukan sekadar beza fahaman politik, ini kerana rakyat rasa tertekan selalu. Selalu tertekan. Ditekan-tekan. Tekanan.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA