Dalam tahun 2007 dulu, aku dan Hanafi, pemain bass juga kawan baik aku, pernah terpilih untuk menjadi band pembuka upacara perasmian Convex USM ke 35. Kami bermain dihadapan Raja Perlis dan Permaisuri.
Kami terpilih kerana promosi dari mulut ke mulut. Wakil Convex berjumpa kami pada waktu malam orientasi IKMAR. Setelah perbincangan dari mulut ke mulut, dan semangat kami untuk bermain muzik diluar, kami bersetuju. Tiada bayaran, kecuali sijil penyertaan Convex.
Sebenarnya waktu itu cuma aku dan Hanafi saja. Kami tiada pemain drum yang tetap. Ada juga rakan sekursus kami yang boleh bermain drum, tapi minat kami pada genre muzik yang berlainan menyebabkan tinggal aku dan Hanafi saja yang masih meneruskan minat bermain muzik.
Jujurnya aku hairan juga, manusia ini ada yang kelihatan bijak diluar, tapi dari segi bermuzik lebih berminat pada manufactured concept. Senangnya terlalu komersial.
Mungkin bukan cabaran besar mana pun, tapi kalau Cromok sendiri pun mereka tak pernah dengar nama, memang aku rasa pelik. Tak hairan muzik di Malaysia ini susah 'sikit'.
Jadi aku dan Hanafi memanggil seorang lagi kenalan kami. Beliau memang maestro. Pernah bermain untuk acara gabungan Malaysia, Indonesia dan Thailand di Bangkok. Namun tahap disiplin yang baik, pada aras mengecewakan.
Dari awal lagi banyak masalah, samada daripada pihak kami dan pihak Convex. Disini memang nampak pengurusan jenis cincai dan nak harga murah. Bayangkan alatan muzik yang dibekalkan memang pada tahap 'poor'. Aku tak nak beritahu berapa murah harga yang dibayar pad pihak pembekal. Memang sedih melihat pabila kami cuba 'deliver' bakat muzik kami, pihak pengurusan lebih berminat 'cost cutting'. Itu bukan masalah kami sebenarnya.
Jadi aku pinjam gitar lain daripada seorang kawan kami, Pokcek Salahudin.
Hari persembahan keadaan lebih mengecewakan. Maestro itu lebih memilih untuk menyertai Battle of The Band yang diadakan serentak pada hari yang sama upacara perasmian Convex. Padahal kami telah beberapa kali mengadakan latihan bersama. Aku ingat lagi wakil Convex, Izan, memuji kami waktu latihan di studio Ismarah, Sungai Dua.
Tapi pada hari perasmian, permainan kami terpaksa di 'compress'. Jujurnya masyarakat tak mahu lihat orang lain lebih. Untuk solo gitar saja pun ada pegawai cabuk yang menjeling. Bodoh.
Tapi penat lelah dan rasa bengang kami berbalas, bila Izan ikhlas mengatakan beliau tak sangka yang kami benar-benar ikhlas membantunya, iya kami lebih pada membantu pihak Convex kerana band terkenal USM- Jazz Band tidak dapat 'perform'. Izan katakan persepsi awalnya ialah kami budak-budak rock yang sombong dan berlagak. Tapi ternyata tidak.
Mulai hari itu, aku juga tidak lagi melihat atau menghakimi seseorang dengan luaran. Engkau rockers tak bermakna kau jahat, kau berjilbab tak bermakna kau baik. Engkau kaya tak bermakna kau beradab, engkau miskin tak bermakna kau tak boleh menipu.
Terima kasih Izan, what ever you are doing now, I wish all the best.
No comments:
Post a Comment