Wednesday, June 1, 2011

BULAN 9 MASUK UNIVERSITI(Panduan ringkas masuk universiti)

1-Untuk 1st degree, untuk saya tak tahu lagi(kes proposal sangkut tapi bisa diatur, Insya Allah), yang terpilih memasuki universiti( IPTA/IPTS) pada September(atau Julai) 2011 ini, saya ucapkan tahniah.

2-Kalau anda tak dapat pun pilihan anda daripada deret baris 5 pilihan, masuk ke universiti tetap impian majoriti anak muda. Tak kisah apa pun kursus anda, itulah yang akan anda bawa sampai bila-bila. Junjunglah dengan bangga.

3-Anda persiapkan diri anda dengan pelbagai perisian asas seperti Words, Excel, Powerpoint, Project dan lain-lain. Bagi yang masih gigil menaip dengan keyboard komputer, asahlah jari-jari. Belajar serba sedikit tentang sistem komputer (format komputer, anti virus, hardware etc). Tahu banyak jimat banyak.

4-Bagi yang sudah berpasangan belum nikah, siap sedialah. Di universiti saingan sangat dahsyat. Kalau ada yang setia baguslah.

5-Kalau ada orang Pontian yang membaca catatan ini dan terpilih masuk ke USM, selamat datang ke universiti terbaik Malaysia.

6-Pasal duit rasanya majoriti ditanggung PTPTN, kecuali duit bersuka ria. Beringat agar tak melarat. Kalau dapat bantuan FAMA simpan sikit-sikit untuk kecemasan(kenderaan rosak, bank tutup,terosakkan barang orang,kedai makan biasa pergi tutup,kekasih ajak keluar,nak beli barang,fakulti minta duit entah apa-apa dan lain-lain).

7-Oh ya, kalau-kalau ada minggu orientasi(terutama di HBP USM) dan anda lihat fasilitator/senior bukan-bukan saja, gunakan ikhtiar hidup. Pada saya tak payah pergi orientasi pun tak apa lah. Anda ada 3 ke 4 tahun dalam universiti, lambat laun anda akan tahu dan selesa sendiri. Terpulanglah.

8-Bagi rusa yang akan masuk kampung, janganlah cengkadak sangat. Tempat orang sendiri mahu ingat.

9-Jangan amalkan semangat kenegerian yang melampau. Waktu terdesak baru nak cari kawan lain negeri, silap langkah anda ternganga.

10-Pointer 1st semester jangan bawah 3 atau lebih baik lagi 3.5+ ke atas, dan mesti maintain setiap semester. Untuk buat PHD tanpa perlu buat Master, pointer wajib 3.5 ke atas.

11-Wujudkan hubungan baik dengan ketua bahagian/kursus anda.

12-Bagi yang liat pergi kelas, jaga sikit. Kedatangan anda dikira markah anda. Iya anda boleh kerek sekarang, andai gagal subjek-PADAN MUKA KAU.

13-Pilih kawan yang positif.

14-Jangan pentingkan diri sendiri. Mungkin anda akan rasa teraniaya, tapi ingatlah roda itu bulat.

15-Setiap tugasan, tetapkan objektif untuk 'impress' kan pensyarah anda. Belajar format tugasan.

16-Kalau suka berpersatuan, ikutlah. Bagi yang tak gemar berpersatuan bersukan cari satu aktiviti untuk menjual nama anda dalam universiti(main muzik?lukis potret?ajar mengaji?bisnes?)

17-Jauhi MLM.

18-Melayu bantu Melayu. Anda mungkin terdedah dengan cakap-cakap belakang oleh bukan Melayu. Pedulikan. Yang penting pointer naik. Pengamatan saya bukan Melayu baik cuma bila kita ada sesuatu. Untuk mereka mulakan sesuatu yang baik, jarang-jarang. Anda fikir sendiri.Cukup anda lihat penyertaan bangsa dalam sesuatu persatuan dalam universiti, anda akan faham. Hidup dengan orang Melayu dah lama, tapi masih rasis.

19-Ada otak fikir.

Enjoy masa emas anda tapi pointer kena jaga.

1 comment:

muhamad faez said...

ada x yang masuk buat degree bulan 3?

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA