Wednesday, June 1, 2011

Wanita


1-Siti Hawa dijadikan kerana Adam kesepian di syurga, tempat yang menjadi idaman semua, dan memerlukan pasangan. Ini naluri manusia dan Allah SWT berikan pasangan bagi setiap sesuatu.

2-Wanita adalah kurniaan terbaik untuk lelaki. Wanita yang tepat mampu menjadikan lelaki lemah malahan gila. Ada yang baik untuk yang baik, ada yang buruk untuk yang buruk. Semua telah ditetapkan dengan sebaik-baiknya mengikut apa yang dikerjakan.

3-9 nafsu 1 akal dibekalkan untuk wanita, lelaki sebaliknya. Wanita menjadi kekuatan dan kelemahan terbesar.

4-Rahsia terunggul menakluk wanita memang ada, malangnya tiada siapa tahu.

5-Lelaki yang berjaya kerana wanita dibelakang, yang tersungkur pun kerana wanita yang menjatuhkan.

6-Ubat terbaik untuk hati yang kesakitan ialah senyuman ikhlas wanita yang disayangi.

7-Penyejuk hati yang terbaik ialah wanita solehah, sebaik-baik perhiasan.

8-Wanita itu misteri dan ajaib. Kecantikkan wanita tergantung pada tahap imajinasi lelaki.

9-Ruang kosong dalam hati lelaki sirna untuk wanita, yang takkan pernah habis seorang demi seorang. Kalau dapat lelaki yang setia, wanita itulah wanita paling bahagia. Kalau dapat wanita yang setia, lelaki itulah yang berkorban segala untuk cinta hatinya pada wanita dia.

10-Ikhlas ku tulis disini untuk wanita-wanita yang mewarnai hidup aku-seorang lelaki yang bermain gitar di rumah sunyi.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA