1-Bagi anda yang selalu terawang dialam gitar, pasti mengetahui tindakan Fender yang baru-baru ini mengeluarkan gitar mereka dengan nama Fender dan dibuat di China (MIC Made In China).
2-Sebagai entiti korporat yang mengeluarkan produk yang digilai ramai sepanjang masa, adalah tidak menghairankan wujudnya produk tiruan. Ia melambangkan kekuatan jenama dan rekabentuk produk tersebut. Ini menepati kata kata 'if you can't beat them, join them'. Begitulah Fender, Gibson dan banyak syarikat lain lagi.
3-Fender keluaran Amerika adalah yang dikatakan paling berkualiti dan mahal, diikuti keluaran Jepun, dan Mexico. Syarikat ini juga mengeluarkan produk kos rendah dan ditampal jenama Squier. Buatan Indonesia, China dan entah mana lagi.
4-Sekarang Fender telah mencabar pasaran dengan mengeluarkan jenama Fender yang dihasilkan di China. Logiknya ia patut menggunakan jenama Squier bukan?
5-Saya sangat tertarik untuk memerhatikan perkembangan ini. Adakah ini langkah yang berani atau kesilapan besar?
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment