1-Ada menggunakan istilah Pembangunan Lestari dan Pembinaan Lestari. Dalam Bahasa Inggeris pula ada menggunakan istilah 'Sustainable' dan 'Sustainability'. Daripada terma saja sudah agak membawa ke keliruan.
2-'Lean Construction' (LC) adalah adaptasi daripada 'Lean Manufacturing'. Asalnya konsep 'lean' ini berasal daripada 'Toyota Production System' (TPS), dan paling terkenal atau mungkin paling banyak disebut-sebut berkait ialah 'Just in time'. Pendekatan yang mengurang/menghapuskan pembaziran, menambah nilai pada produk, mendidik pekerja menjadi 'multi tasking' dan inovasi, dan berusaha menambah baik (kaizen). Saya tanya anda apa beza industri pembinaan dan industri yang lain?Keunikkan industri pembinaan yang setiap projek berbeza ahlinya, bentuk pengurusan,'procurement',tempoh siap, dan lain-lain. Jadi bolehkah konsep 'lean' diguna dalam pembinaan?Kenapa pula konsep ini tidak digunakan secara meluas jika terbukti baik?
3-Keliru? Saya rasa gembira. Kerana TPS ada diajar dan disebut waktu Tingkatan 6 dan waktu ijazah/Msc dahulu. Mengulang sedikit sebagai asas apa yang saya mahu kejar sekarang.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
4 days ago
2 comments:
kena tulis dalam BM ke?
Dalam BI Doktor.
Post a Comment