Monday, October 10, 2011

Watak watak dalam 'universe' gitar 3

Dimebag Darrell

1-Telah diangkat menjadi legenda. Beliau meninggal dunia waktu beraksi dipentas kerana ditembak seorang bekas Marin yang bermasalah mental pada 2004. Beberapa das tembakan yang dilepaskan, antaranya mengenai bahagian kepala Mendiang. Marin tersebut adalah peminat setia Pantera dan sering berkhayal Pantera telah mencuri banyak idea muziknya.

2-Mendiang seorang yang disayangi ramai orang. Malahan seorang yang dianggap 'satanist'-Kerry 'F' King sangat merindui Mendiang, selain Zakk Wylde yang juga antara sahabat baik Mendiang. Minuman alkohol kegemaran beliau dicampur dengan Coke yang digelar Blacktooth (atau Blackgrin?).

3-Bila bercakap tentang seorang gitaris handalan, kita akan membayangkan begini- Malmsteen dengan Strat, Vai dengan UV atau JEM, Slash dengan LP Standard,Kerry King dengan Beast, Ana Rafali dengan gitar Martin....Saya bergurau tak boleh?

4-Mendiang Dimebag paling dikenali dengan gitar Dean ML. Saya meminati satu gitar ML Mendiang yang berwarna 'sunburst' dan Floyd Rose (siap dengan sticker Kiss).

5-Mendiang adalah pengguna tegar gitar Dean, malah waktu Dean menutup operasinya, Mendiang terpaksa berusaha sendiri mencari dikedai-kedai gitar atau pajak gadai untuk mencari gitar keluaran Dean.

6-Washburn juga pernah berasosiasi dengan Mendiang dalam menghasilkan gitar ML-like style. Pada 1 masa Mendiang mahukan gitar dengan bentuk yang lain maka terhasillah-Culprit yang berbentuk Explorer yang dimutasikan.

7-Kematian Mendiang sangat menggemparkan dan berbagai kontroversi timbul antara keluarga Mendiang dengan penyanyi dan bassist Pantera (Anselmo dan Rex). Saya lebih meminati solo dan bunyi gitar Mendiang berbanding muzik Pantera sendiri.

8-Jika anda lihat foto-foto Mendiang, beliau gemar memakai rantai pisau cukur kerana terpengaruh dengan Judas Priest. Ace Frehley adalah gitaris yang paling dihormati Mendiang selain Eddie Van Halen. Pada 1 sesi temuramah majalah Guitar World, Mendiang, Ace dan Snake Sabo dikumpulkan bersama. Ace telah menandatangani dada Mendiang dan pada malam tersebut Mendiang telah mentatu kan tandatangan tersebut.

9-Mendiang dikebumikan dalam keranda dengan 'air brush' Kiss diatasnya. Paling istimewa bila Eddie Van Halen meletakkan salah satu gitar beliau yang terkenal (gitar jalur kuning hitam) bersama jenazah Mendiang.

10-Satu cerita berkenaan beliau yang menandakan kerendahan hati Mendiang ialah bila bekas teknisyen gitar Mendiang yang juga kawan 1 sekolah mendiang bercerita. Satu hari Mendiang memerlukan pertolongan teksnisyen gitar tadi distudio. Masalahnya kawan tadi tidak dapat meninggalkan rumah beliau kerana anaknya yang masih kecil sedang kepanasan akibat sistem penghawa dingin rumah yang rosak.

11-Maka kawan Mendiang tadi terpaksa menolak permintaan Mendiang dengan alasan munasabah tadi. Esoknya datang orang menukar terus sistem penghawa dingin baru dirumah kawan Mendiang tadi. Semuanya atas jasa Mendiang Dimebag Darrell.

12-Bila kawan tadi berterus terang beliau tidak mampu membayar semula pada Mendiang harga sistem penghawa dingin baru tadi, dijawab Mendiang- "You don't have to pay me. We just need to keep the baby cool.''

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA