Tuesday, December 6, 2011

Biasa Luar Biasa

1-Betul juga. Kalau ambil keadaan di sekolah, murid paling rebel itulah yang selalu jadi sebutan. Ingat kata- publisiti itu baik atau buruk, ia tetap publisiti. Murid yang skema setahun dua tahun bolehlah diingat. Kalau jumpa dengan Cikgu sekolah sedekad dua dekad kemudian, atau 5 tahun saja, silap silap Cikgu kata- 'Eh, awak kawan si Kanaan yang nakal waktu sekolah dulu tu ke?' atau 'Rasa ingat-ingat lupa lah. Ayah awak kerja apa?'

2- Skema membosankan. Tapi siapa berani menyatakan? Saya suka kata-kata-' kau dah tau tu undang undang, rules. Kau langgarlah.' Apa guna kita belajar eksperimen disekolah dulu kalau kita cuma ikut manual aja sekarang. Pandukan pada buku semata aja? Besar skop ini kalau nak cakap. Saya cakap dalam ruang lingkup saya saja. Had jauh mata melihat dan had dengar telinga terima.

3-Kalau kalau tak berani, diam. Itu selemah lemah iman. Kalau berani, anda jadi ikon. Darah tumpah ke bumi jadi pasir pasir merah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA