1-Pernah dahulu seorang pensyarah saya mengatakan asal nama Melayu ialah mereka yang lari daripada perang di tanah Jawa zaman dahulu. Janganlah ditanya pada saya kesasihan kata tersebut.Yang saya nampak jelas-rasa inferior orang kita.
2-Saya pernah terbaca hasil penjajahan menyebabkan orang Melayu yang dulunya dikatakan 'Viking' Timur, menjadi seperti sekarang. Melayu.
3-Sekarang telah ada kesedaran menaikkan jati diri Melayu. Dan memang ada kontroversi yang mengatakan bangsa tidak menjamin apa apa. Yang penting Islam.Baik juga pandangan itu, cuma saya tidak mahu kufur nikmat kerana malu mengaku orang Melayu, ini pandangan sayalah.
4-Jadi pada pandangan saya yang mentah baru 26 tahun ini, apalah sangat yang boleh saya sumbangkan pada bangsa, negara dan agama saya.Undi pilihanraya saya pun tidaklah sekuat mana dalam mengubah keadaan.
5-
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment