1-Emak dan Ayah datang melawat saya tadi. Macam macam dibelikan. Barang yang dah dibeli dulu pun dibeli lagi.Terlupa dah pernah beli dan sebab sayang anak.Terima kasih.
2-Saya terdetik mengajak Emak dan Ayah melihat lihat UTHM dan bilik kerja saya.Ayah setuju manakala Emak tak larat dan memilih berehat saja dibilik sewa saya. Saya tinggalkan anak kunci untuk Emak, sekejap saja pusing pusing.Cuba bawa kereta baru (Proton Wira 2nd).Sedap lagi enjin dan suspensi Wira ini.
3-Kami singgah solat di Masjid UTHM yang baru.Ini kali pertama membawa Ayah saya ke dalam UTHM.Sebelum sebelum ini, sebelum saya masuk UTHM/masih di USM dulu, Emak dan Ayah dah biasa dengan UTHM sebab berkursus kerajaan.Cuma sekarang banyak perubahan berbanding dulu semenjak UTHM naik taraf daripada kolej universiti (KUITHO) pada 2007 dulu.
4-Saya sempat menunjuk beberapa bangunan baru dalam UTHM kepada Ayah sambil memandu ke bangunan fakulti FKAAS, tempat bilik kerja saya.
5-Sampai diperkarangan FKAAS,cuma ada 2 kereta saja diperkarangan parkir. Terus saya menyelit kereta ditempat pensyarah, kebetulan jaga (sekuriti) cuma tinggal kerusi jaga saja. We have to make best what is available (Ibrisam Akbar,2011).
6-Masuk ke bilik kerja, saya on air cond dan biarkan Ayah melihat lihat kelengkapan bilik dan melihat lihat keluar. Bilik kerja saya ditingkat 6, jadi agak luas juga saujana mata memandang.
7-Sebenarnya sengaja saya bawa Ayah masuk dalam UTHM, nak balas dendam. Di USM dulu Ayah cuma 3 kali saja menjenguk saya sepanjang 4 tahun disana. Sekarang belajar dalam negeri sendiri dan jiran sebelah daerah(Pontian Batu Pahat), dunia ini ana yang punya.
8-Insya Allah, Emak Ayah dapat melihat saya konvo 3 ke 5 tahun lagi, ini dendam sebenar saya. Dulu waktu konvo ijazah muda cuma Ayah saja hadir, dan waktu konvo Master saya pula tak pergi sebab pemergian Arwah Atuk (Al Fatihah).Ada juga point berdendam ni ye?
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment