Seperti biasa, selepas solat maghrib, sebelum atau hampir jam 8 malam- saya akan bersiap untuk keluar membungkus makanan malam di Cempaka Seafood, Taman Universiti.
Sebelum melepasi pintu pagar KKTM (tempat bilik sewaan saya) dan bilik jaga, saya menekan ke bawah tuil gear motor saya (Yamaha TZM) dan tidak terasa apa apa tindak balas. Berderau juga darah tiba tiba.
Dijenguk kebawah, didapati gear lever (takal gear) telah terkulai.Saya membuat keputusan meneruskan perjalanan kerana sebelum ini pun pernah berhadapan dengan masalah yang sama. Saya pasti motor saya sekarang berada dalam gear 2 berdasarkan pengalaman kerana tidak mengaum ngaum enjin motor.
Maka dengan gear 2 itu saya meneruskan perjalanan ke kedai makan yang mungkin hampir ke 2 kilometer jaraknya (anggaran sendiri).
Sebelum sampai ke lot Cempaka Seafood, ada sebuah kedai motor (yang saya tukarkan gear lever baru sebelum ini). Kebetulan taukenya baru menutup kedai dan mahu keluar dengan anak kecilnya. Tauke bengkel yang juga mengenali saya (beza benar dengan sikap pengusaha pekerja Cina bengkel di Penang dahulu) bertanya apa masalah. Saya terangkan keadaan dan meminta meninggalkan motor saya dalam bengkel beliau, esok baru baiki.
Ikut hati sedikit bengang juga kerana bengkel beliaulah tempat saya menukar gear lever itu, sekarang gear lever yang ditukar itu bermasalah pula (baru 3 bulan diganti).
Biarlah.
Apa yang saya mahu kongsikan ialah bila saya perlu balik berjalan kaki kemudiannya.
Saya sudah terfikir kepenatan juga berjalan kaki ini untuk balik ke KKTM.
Alhamdulillah, seorang hamba Allah SWT berkereta Perodua Kembara menumpangkan saya berhampiran Mc Donald Taman Universiti.
Saya yakin yang saya tidak mengenali hamba Allah SWT ini sebelum ini. Baik hati sungguh beliau ini.
Maka saya pun menaiki kereta beliau dan kami berbual bual lagak telah lama kenal. Cuma saya tidak sempat mengingati wajah beliau kerana kegelapan sepanjang perjalanan kami (bagi yang pernah melalui UTHM Parit Raja pada waktu malam akan faham maksud saya). Nampak separuh baya umur beliau.
Katanya beliau tinggal di Taman Murni dan telah nampak saya berjalan kaki daripada membeli makanan tadi. Sesampai di pagar utama KKTM, kereta berhenti. Saya bersalaman, mengucapkan terima kasih dan memberi salam pada beliau.
Moga dimurahkan rezeki untuk beliau yang baik hati ini dan dipanjangkan umur.
Dan ini mungkin kifarah atas dosa dosa saya juga.
Wallahualam.
p/s-Terfikir juga memandangkan saya tidak dapat mengecam wajah beliau yang berhati mulia ini, pada waktu lain bila bertemu dan saya mungkin tidak dapat cam beliau, apakah mungkin beliau terasa hati pula nanti? Minta dijauhkan daripada terasa begitu. Terasa mahu melukis lakaran potret wajah beliau untuk senang saya mengingat secara kasar.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment